Memaparkan Berita Terkini di Malaysia

Powered by Blogger.

Benarkah Kereta terbakar milik Kevin

Kereta terbakar mungkin milik Kevin

HUTAN MELINTANG - Kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak menguatkan spekulasi yang ia milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang.

Namun, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini, hasil siasatan polis tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan identiti atau personaliti berkenaan.

Katanya, tindakan membakar kenderaan itu merupakan jenayah yang dirancang begitu rapi oleh pihak tertentu hingga polis tidak menemui sebarang bukti di tempat kejadian.

"Kita telah meminta bantuan daripada Bahagian Forensik untuk membuat pengesahan identiti kereta tersebut.
"Namun, sehingga kini kita masih gagal mengesan nombor casis pada kenderaan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily juga berkata, tiada sebarang dokumen diperolehi di tempat kejadian berikutan keadaan kenderaan berkenaan musnah terbakar dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, penemuan kenderaan itu berdasarkan maklumat daripada beberapa saksi di tempat kejadian yang terdengar letupan serta seorang saksi melalui jalan tersebut secara kebetulan dan ternampak kenderaan itu terbakar.

"Kita akan bawa kereta itu ke Balai Polis Hutan Melintang dan menunggu bantuan daripada Jabatan Kimia untuk mengesahkan jenis kenderaan itu," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menyiasat kes tersebut berkaitan orang hilang berikutan laporan dibuat mengenai kehilangan Morais.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q
0 Komentar untuk " "

Back To Top