Tarzan Borneo
Tahukah anda bahawa di Borneo ada seorang "Tarzan" Jangan terkejut....memang ada. Salah satu 'ciri-ciri' Tarzan yang dipopularkan oleh Edgar Rice Burrough, selain Lady Jane dan chimpanzee, ialah melawan buaya dengan tangan dan pisau sahaja. Ciri ini terdapat dalam 'Tarzan Borneo' yang berasal dari Sabah, arwah Abdul Salam Candiah Logan.

Tarzan' menaikkan buaya yang dibunuhnya - dirakamkan dalam filem "Borneo" terbitan 'Martin & Osa Production' dan diabadikan di muzium production house tersebut

'Tarzan' diapit oleh 'Feely' (kiri) & 'Jeeli' (kanan) - pelakon "Borneo"
Ini tarzan yang betul-betul wujud di dunia. Bukan dalam filem, bukan khayalan, bukan mitos macam orang putih punya. Arwah A. C. Logan Kanayah @ Abdul Salam Candiah Logan @ Tarzan Borneo. Ramai terkejut dengan 'superhuman abilities'nya yang membunuh seekor buaya hanya dengan menggunakan tangan dan pisau. Kejadian yang berlaku di Kg. Abai, Kinabatangan pada tahun 1935 ini telah difilemkan dengan tajuk 'Borneo', tetapi tidak dapat ditayangkan kerana pengarahnya, Martin Johnson telah terbunuh dalam nahas kapal terbang ketika penerbangan ke California untuk menyunting filem tersebut. Hebatnya orang dulu-dulu kita di Borneo ini.
0 Komentar untuk " "